Pages

Social Icons

Maklumat Program


Latar Belakang

        Program Jaya Diri merupakan program perubahan sikap keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Program ini menawarkan pinjaman kepada isi rumah berpendapatan RM 3,000.00 ke bawah atau RM 600.00 perkapita sebulan.

        Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang cagaran dan faedah. Bakal peserta disyaratkan menubuhkan kumpulan dan pusat yang terdiri daripada 4 hingga 20 orang di kampung-kampung yang terlibat. Kumpulan dan pusat dibentuk bagimenjamin disiplin peserta dalam menjalankan projek dan membayar balik pinjaman.



Objektif

Menerapkan nilai-nilai positif kepada golongan sasaran seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan bersatu ke arah mencapai matlamat.

Memberi galakan kepada ahli keluarga untuk turut berusaha bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Membantu keluarga berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan melalui Bantuan Pinjaman Modal.


Syarat Umum

Warganegara Malaysia, keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu atau yang telah bermastautin di Terengganu lebih daripada 10 tahun.

Berumur 65 tahun ke bawah dan berupaya menjalankan projek yang dijalankan.

Mempunyai perniagaan atau cadangan perniagaan yang bersesuaian yang berupaya menjana atau meningkatkan pendapatan keluarga.

Tidak terikat dengan pinjaman daripada agensi lain.  


Jenis Projek

Peserta boleh memohon pinjaman untuk membiayai perniagaan yang bersesuaian yang boleh menambah pendapatan keluarga 

0 comments:

Post a Comment